Pyorsihate merupakan pengedar sah bagi jenama Sihaté, yang dimiliki oleh syarikat Herbliss (M) Sdn. Bhd. (1224032-K).

Pyorsihate is an authorized digital platform for Sihaté products, a brand under Herbliss (M) Sdn. Bhd.

Kami beroperasi sebagai platform e-dagang yang membekalkan produk makanan tambahan alami berkualiti tinggi ke seluruh Malaysia.

Misi kami adalah untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat dengan menyediakan pilihan nutrisi daripada sumber alam yang asli, selamat, dan dipercayai.

Kualiti adalah keutamaan kami. Setiap produk Sihaté seperti Minyak Zaitun (EVOO), Jus Delima, dan Madu Organik dihasilkan melalui proses yang ketat bagi memastikan khasiat semulajadinya terpelihara. Produk kami dikategorikan sebagai makanan tambahan yang selamat untuk kegunaan harian keluarga.

Daripada Pengasas..

Kami tampil berbeza bukan sekadar ingin jadi berbeza. Bukan juga mencari publisiti kerana dilihat berbeza. Perjuangan kami adalah untuk memberikan pilihan makanan tambahan yang lebih baik kepada para pengguna seperti anda.

Setiap kelebihan bahan yang diketengahkan adalah berdasarkan sumber rujukkan yang berkredibiliti. Tanpa perlu pemasaran yang mengelirukan. Tanpa perlu gembar-gembur perkara yang tidak perlu. Tanpa perlu menggunakan nas-nas agama diluar konteks.

Kami terpaksa tampil berbeza. Supaya anda boleh mengamalkan makanan yang benar-benar berkhasiat. Supaya anda boleh merasai makanan yang benar-benar asli. Supaya anda boleh menggunakan makanan yang benar-benar selamat.

Kami percaya anda juga sama, inginkan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang yang tersayang. Anda pasti akan memilih makanan tambahan yang berkhasiat, asli dan selamat untuk diamalkan seisi keluarga.

Kenapa Memilih Produk Sihaté?

Keaslian Terjamin: 100% produk asli dari pengilang.

  • Perkhidmatan Pelanggan: Sokongan pelanggan yang responsif dan telus.
  • Penghantaran Pantas: Memastikan produk sampai ke tangan anda dalam keadaan terbaik.

Kami berpangkalan di No 2931, Tingkat Bawah (B Wisma AZCO, Jalan Sultan Yahya Petra, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan. Sebarang pertanyaan mengenai produk atau pesanan boleh diajukan terus kepada pasukan khidmat pelanggan kami melalui e-mel atau talian rasmi yang disediakan.

Penafian: Produk kami adalah makanan tambahan dan bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau mencegah sebarang penyakit.