Extra Virgin Olive Oil Late Harvest
RM45.00 – RM157.00
Minyak Zaitun Extra Virgin perahan buah zaitun dari sebuah ladang di kawasan Aegean, selatan Turki. Ia adalah kawasan yang terkenal diseluruh dunia dengan buah zaitunnya yang berkualiti tinggi. Kaya dengan Antioksida, Omega-3, 6, 9, Vitamin E, K dan merupakan sumber lemak terbaik untuk badan. Bukan sekadar rasa yang sedap, ia juga mengandungi manfaat kesihatan yang cukup besar untuk sesisi keluarga.
Extra Virgin Olive Oil - Late Harvest
Minyak zaitun terhasil daripada perahan buah zaitun. Ia merupakan sumber lemak mono tidak tepu yang sangat baik yang diperlukan badan untuk menghindari dari terkena penyakit. Buah yang dipetik akan ditekan sejuk (cold pressed) dalam tempoh 12 jam bagi mengekalkan khasiat yang ada pada buah tersebut.
Late Harvest: Proses penghasilan minyak zaitun tuaian akhir atau late harvest sama seperti minyak zaitun early harvest. Yang membezakannya ialah buah dipetik di akhir musim iaitu sekitar bulan March sehingga Mei. Ketika ini buah yang masak digunakan dan dan kandungan antioksida berkurangan tetapi minyak dapat dihasilkan dengan banyak.
- Bahan: 100% Organic Extra Virgin Olive Oil
- Isipadu: 250ml
- Acidity: < 0.6
- Tarikh Tuaian: 10 Januari 2022
- Dihasilkan Dari: Milas, Turki
Boleh diambil bersama makanan atau digunakan sebagai bahan masakan. Ada pakar kesihatan mengesyorkan memakan minyak zaitun secara mentah. Orang dewasa boleh amalkan dua sudu besar sehari pada waktu pagi dan malam. Maksima enam sudu besar sehari. Tiada masalah sebelum atau selepas makan.
Boleh juga digunakan untuk kegunaan luaran, contohnya sebagai minyak rambut, untuk kulit dan urut.
Luaran: Digalakkan penggunaan 1-2 bulan persamaan dengan 2-3 botol evoo late harvest, 1 Sudu besar Minum Pagi & Malam dan sapu pada bahagian bermasalah setiap malam sebelum tidur.
Dalaman: Disarankan penggunaan 2-3 bulan 4-6 botol dihabiskan dalam tempoh tersebut, Minum 1 Sudu besar Pagi & Malam setiap hari!
Minyak zaitun sensitif dengan udara, haba dan cahaya. Justeru minyak yang telah dibuka hendaklah ditutup rapi, disimpan pada suhu bilik dan jauh dari terdedah kepada cahaya matahari yang berterusan. Minyak yang terdedah kepada udara, haba berlebihan dan cahaya akan mengurangkan khasiat minyak tersebut. Jangan simpan minyak di dalam peti sejuk kerana ianya boleh membeku.
Sekitar Ladang Minyak Zaitun Extra Virgin Di Turki
Apakah manfaat menggunakan Minyak Zaitun Extra Virgin - Late Harvest setiap hari?
Mengurangkan Risiko Diserang Penyakit Kronik
Minyak zaitun kaya dengan kandungan Antioksida Hydroxytyrosol yang boleh mengurangkan risiko anda terkena penyakit kronik.
Menurunkan Risiko Terkena Penyakit Jantung
Kandungan antioksida di dalam minyak zaitun secara biologinya dapat menurunkan risiko anda terkena penyakit jantung.
Membantu Melawan Penyakit Nyanyuk
Penyakit Alzheimer's terjadi kerana ada lapisan beta-amyloid yang tumbuh dalam otak. Ada komponen minyak zaitun yang boleh menghakis lapisan tersebut.
Mampu Mengawal Kanser Payudara
Pengambilan minyak zaitun yang banyak dalam diet Mediterranean mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 62%.
Bertindak Sebagai Antibakteria
Kajian mencadangkan pengambilan 30g minyak zaitun extra virgin setiap hari boleh menghapuskan jangkitan Helicobacter pylori sekitar 10-40% dalam masa 2 minggu.
Mengurangi Risiko Diserang Angin Ahmar
Kajian terhadap 140,000 individu, mereka yang mengamalkan minyak zaitun mempunyai risiko yang rendah untuk terkena stroke.
Membantu Menurunkan Berat Badan
Ia mengandungi MUFA yang mana mampu menghalang lemak dari terkumpul, tinjauan sistematik terhadap 11 kajian secara rawak, mendapati diet yang terdapat kandungan minyak zaitun berjaya mengurangkan berat badan dengan lebih berkesan dalam tempoh 12 minggu, berbanding mengikuti diet kawalan makanan.
Mengurangkan Risiko Terkena Diabetes Tahap 2
Dalam satu kajian, diet Mediterranean dengan minyak zaitun dapat mengurangkan 40% risiko terkena diabtes tahap 2.
Membantu Menguatkan Tulang
Kandungan polyphenols di dalam minyak zaitun memberikan kelebihan terhadap tulang. Ia boleh mengurangkan 51% risiko tulang rapuh.
Apa Pandangan Pakar Thibbun Nabawi, Dr. Wan Nasyrudin Berkenaan EVOO Late Harvest?
Apa Pandangan Doktor Pakar, Prof. Dr. Aziz Al Safi Berkenaan Kepentingan Mengamalkan Evoo Late Harvest?
Mengekalkan Keaslian Adalah Pilihan Kami
Pakar juga bersetuju bahawa madu sangat baik untuk tubuh badan anda. Berikut adalah kelebihan Madu Sidr Organik berbanding jenama lain.
Premium Dari Turki
Minyak ini diimport dari Turki, datang dari pokok yang berusia lebih dari 300 tahun dan ladang seluas 5000 ekar.
Tuaian Akhir
Buah zaitun yang digunakan dituai di akhir musim membuatkan rasanya yang lembut berbanding biasa.
Perahan Sejuk
Minyak ini tidak ditapis dan menggunakan teknik perahan sejuk supaya kualiti yang terhasil berada pada tahap maksima.
Diiktiraf USDA Organik
Ladang dan proses penghasilan minyak disahkan organik oleh Ecocert melalui pensijilan USDA Organik yang dikeluarkan oleh Ecocert.
Dua Kali Ujian Makmal
Ujian makmal dilakukan dua kali iaitu di Turki dan UNIPEQ atau SGS di Malaysia bagi memastikan minyak yang dibekalkan diyakini asli.
Diimport Kontena Sejuk
Diimport menggunakan kontena sejuk beku supaya minyak terlindung daripada terdedah kepada suhu panas yang melampau ketika kontena berada di atas laut berbulan-bulan lamanya.
Penggunaan Botol Gelap
Disebabkan minyak ini terlalu sensitif terhadap udara, haba dan cahaya, penggunaan botol gelap mampu memberi perlindungan tambahan supaya minyak ini kekal berkualiti.
Menang Pingat Emas
Menang Pingat Emas EVO International Olive Oil Contest (IOOC) 2021. Kemenangan ini membuktikan minyak ini menjadi pilihan pengguna dari segi rasa dan kualiti minyak yang dihasilkan.
Diiktiraf Halal Jakim
Minyak zaitun ini telah mendapat pengiktirafan Halal yang diiktiraf oleh Jakim melalui badan berautoriti di Turki iaitu Kascert.
Lengkap Dengan Sijil Akuan & Analisis
Setiap produk akan melalui minima dua kali ujian makmal. Satu di tempat produk dihasilkan dan satu lagi setelah tiba di Malaysia. Ia bagi memastikan produk yang dijual adalah benar-benar asli.
Mereka Juga Ragu Sebelum Mencuba
4.5 dari 5 pengguna telah merasai perubahan yang positif menggunakan Minyak Zaitun Extra Virgin Late Harvest. Sebahagian dari mereka sudi berkongsi pengalaman.
“Saya amalkan minyak zaitun extra virgin late harvest ni sebab ada batu karang. Alhamdulillah, keluar terus tak sampai 5 hari”
Tuan Ibrahim
“Alhamdulillah! Kurang dh rasa sakit pd lutut waktu rukuk dan sujut dalam solat. Mak cik dah beli kali kedua minyak zaitun extra virgin late harvest ni”
Puan Zainab
“Saya dah cuba macam-macam jenama dan baru mencuba minyak zaitun extra virgin late harvest ni. Rasa best, tak pahit. Puas hati!”
Puan Norsiati Yaacub
“Alhamdulillah memang terbaik minyak zaitun dari Sihaté ni. Saya amalkan memang nampak kesan! Dari segi kesihatan pun memang nampak kesan. Lutut pun dah tak sakit sangat sekarang.”
Puan Nur Aina
30 Hari Jaminan Wang Dikembalikan
Anda akan menerima jaminan pulangan wang selama 30 hari. Jika terdapat sebarang kerosakkan, tak berpuas hati atau sebagainya, maklumkan untuk pemulangan wang.
Diakui Oleh Pakar
Setiap produk yang dikeluarkan juga akan melalui siri diskusi serta semakkan dari pakar bidang & ahli akademik yang berautoriti. Semua akan dirujuk kepada mereka.
Selamat Digunakan
Setiap produk yang dikeluarkan akan melalui beberapa siri ujian makmal kerana ia perlu memenuhi beberapa indikator yang telah ditetapkan untuk memastikan produk tersebut asli.
Ada Yang Boleh Saya Bantu?
Ada sebarang persoalan? Perlukan sebarang penjelasan? Perlukan cadangan produk yang sesuai? Hubungi kami untuk mendapatkan bantuan dan penjelasan.
Soalan-Soalan Lazim (FAQ)
Berikut adalah persoalan yang sering diajukan oleh para pengguna.
Minyak zaitun bukan ubat. Ia adalah makanan yang apabila diambil di dalam kuantiti tertentu, Insya-Allah dapat membantu mengawal beberapa jenis penyakit yang ada kajian mengenainya. Namun, pengambilan minyak zaitun juga perlulah diseimbangkan dengan gaya hidup yang sihat. Bagi sesetengah penyakit kronik, perlulah mendapatkan saranan doktor sebelum mengambil minyak zaitun.
Secara asasnya, minyak zaitun akan terjejas khasiatnya apabila terdedah dengan haba. Tetapi berdasarkan beberapa kajian, minyak zaitun extra virgin sangat bagus digunakan untuk memasak BERBANDING minyak-minyak lain kerana ia mampu mengekalkan khasiat makanan yang dimasak. Oleh kerana harga minyak zaitun extra virgin agak mahal untuk digunakan sebagai minyak masak, memadai ia digunakan dengan merenjis di atas makanan setelah selesai memasak.
Terdapat pelbagai saranan cara pengambilan minyak zaitun bergantung terhadap apakah objektif yang ingin dicapai oleh individu. Secara umum, anda boleh mengambil minyak zaitun bersama makanan atau digunakan sebagai bahan masakan. Ada juga pakar kesihatan mengesyorkan memakan minyak zaitun secara mentah. Paling mudah, amalkan dua sudu besar sehari pada waktu pagi dan malam. Maksima enam sudu besar sehari. Ikuti juga petua cara menggunakan minyak zaitun di sosial media Pyorsihate.
Ia bergantung terhadap bagaimana anda menggunakannya. Jika diamalkan dua sudu besar setiap hari, Insya-Allah ia boleh bertahan sehingga 30 hari.
Harga Minyak Zaitun Pyorsihate amatlah berpatutan jika dibandingkan dengan minyak zaitun kualiti yang sama di pasaran sekarang.
Dibuka Untuk Pembelian Di Platform Shopee & Tiktok
Pastikan beli pada butang yang tersedia ini, untuk mengelakkan terbeli yang palsu/ciplak
Weight | N/A |
---|---|
Dimensions | N/A |
Pilih Set | Set Clearance 1 Botol, Set Clearance 2 Botol, Set Clearance 3 Botol, Set 3 Serangkai |
Based on 7 reviews
|
|
100% |
|
|
0% |
|
|
0% |
|
|
0% |
|
|
0% |
7 reviews for Extra Virgin Olive Oil Late Harvest
Related Products
Minyak Zaitun Extra Virgin Early Harvest For Pregnant kaya dengan Polyphenol, Tyrosol Biofenol, Vitamin E, Vitamin K, Omega-3, Omega -9, ia merupakan sumber lemak terbaik untuk badan. Terbukti secara saintifik mampu memberikan pelbagai manfaat kepada ibu mengandung secara dalaman dan luaran.
Pati Delima merupakan pati buah yang kaya dengan Vitamin C, E, K, Potassium dan banyak lagi. Terbukti secara saintifik mampu memberikan pelbagai manfaat kepada anda.
Madu Pine Organik ialah 100% madu mentah dan asli. Ia terhasil dari lebah yang berhijrah ke hutan belantara pokok pine yang terletak di wilayah barat Aegean, Turki. Madu pine mempunyai rupa yang tersendiri, yakni warnanya sedikit gelap dan mempunyai sedikit rasa kayu pada penghujung rasanya. Rasa uniknya berfungsi sebagai pemanis yang sempurna untuk makanan dan minuman anda.
Madu Bunga Habbatus Sauda ialah 100% madu mentah dan asli. Ia terhasil dari lebah yang menghisap nektar bunga Habbatus Sauda yang tumbuh liar di kawasan pergunungan selatan Turki. Madu Sauda ini sangat unik dari segi rasa manis, warna gelap dan bau. Ia berfungsi sebagai pemanis yang sempurna untuk makanan dan minuman anda.
TeenZeytun adalah rendaman buah tin kering di dalam minyak zaitun yang mengandungi 1001 khasiat. Ia merupakan ramuan semula jadi yang sangat menakjubkan dari sudut kesihatan. Terdiri daripada minyak zaitun organik yang tinggi kandungan Vitamin E dan buah tin yang tinggi antioksidan fenol yang sangat bermanfaat untuk kesihatan badan kita.
Madu Sidr mengandungi lebih banyak enzim, asid amino dan mineral seperti Iron, Boron, Magnesium dan Manganese berbanding madu nektar biasa. Terbukti secara saintifik mampu memberikan pelbagai manfaat kepada anda secara dalaman dan luaran.
Madu Sidr mengandungi lebih banyak enzim, asid amino dan mineral seperti Iron, Boron, Magnesium dan Manganese berbanding madu nektar biasa. Terbukti secara saintifik mampu memberikan pelbagai manfaat kepada anda secara dalaman dan luaran.
Extra Virgin Olive Oil Kids mengandungi Zat Besi, Tyrosol Biofenol, Manganese, Vitamin E, K, Omega 3 & 9, Potasium, Tembaga Fosforus, Kalsium, Zinc. Semua ini merupakan sumber terbaik untuk kanak-kanak, terbukti secara saintifik mampu memberikan pelbagai manfaat kepada anak anda
Minyak Habbatus Sauda diluluskan oleh Kementerian Kesihatan, Makanan dan Pertanian Turki, dianalisis oleh institiut kajian di universiti di Turki dan juga oleh UNIPEQ, UKM
Kami mengambil inisiatif untuk menawarkan koleksi produk yang mengalami ‘minor defect’ dari segi luaran (packaging) ini kepada para pelanggan sedia ada pada harga yang cukup istimewa.
Madu ini sangat istimewa! 85% daripadanya merupakan madu organik, 10% debunga organik, 3% ratu jeli organik dan 2% propolis organik. Organic Mix Bee Products telah mendapat pengiktirafan organik oleh kerajaan Turki dan dari kesatuan Eropah(EU).
Nizamuddin Aziz –
kualiti terbaik..sedap pos cpt..minyak zaitun berkualiti..rasa sedap..terima kasih
ezamzam2205 –
Kualiti terbaik, kita try test dlu tgok mcm mne berkesan atau tidak. nye. Kalau ok kita beli lg. Namun pembelian ini saya bahagikan kepada 2.
aneezaakma –
Bagus . Details boleh tengok di website . Rasa yang tidak terlalu kuat dan boleh dimakan . Bagus di makan awal pagi ketika perut kosong. Balutan kemas , ada percuma cuka carob. Penghantaran keluar agak lambat. Pembelian saya kali ke 4 . Terima kasih sihate
Paiman Munasir –
Saya cuba minum sebotol nampak ada perubahan ,
dah oder kali yang kedua….
karyna77 –
Terima Kasih, barang di bungkus dan sampai dalam keadaan baik, sangat2, rekomen.
Ahmad Fahmi Abdul Wahid –
Alhamdulillah dan Syukur,ingin saya maklumkan produk pesanan saya telah pun tiba dengan selamat tanpa kecacatan.
Terima Kasih kepada pihak tuan kerana menitikberatkan keselamatan produk dengan membalut kemas bubble pada setiap kotaknya.
mylamyla78 –
Keberkesanan yang bagus. Alhamdulillah barang dah sampai dalam keadaan baik.